Latest Post :
Recent Post

Video Seks: Ariel Peterpan dihukum penjara tiga setengah tahun

http://www.gosipsensasi.co.cc



JAKARTA, 31 Jan — Penyanyi Nazriel Irham atau Ariel Peterpan dikenakan hukuman penjara tiga setengah tahun hari ini selepas didapati bersalah berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan dua artis wanita — masing-masing teman wanita dan bekas kekasihnya tahun lalu.
Dia juga didenda RM80,000 (AS$28,000).
Bagaimanapun hukuman penjara itu kurang satu setengah tahun berbanding apa yang diminta oleh pendakwa raya.
Laman web Jakarta Globe melaporkan, sebelum mahkamah mengumumkan keputusannya Ariel tiba di pekarangan mahkamah dengan jeritan kira-kira 1,000 pengikut Pakatan Gerakan Islam, yang mengadakan tunjuk perasaan.
“Kami berada di kawasan mahkamah sejak perbicaraan bermula. Ini saat untuk mempertahankan undang-undang negara ini.
“Jika Ariel Peterpan dibebaskan, kami akan mengambil tindakan,” kata seorang pengikut kumpulan itu.


                  ARIEL dan Luna Maya di mahkamah, semalam.

ARIEL PETERPAN diiringi oleh polis keluar dari pekarangan Mahkamah Daerah Bandung selepas dijatuhi hukuman semalam.
Teman wanitanya Luna Maya juga berada di mahkamah dengan ditemani beberapa artis termasuk penyanyi legenda dan penulis lirik Titiek Puspa, bintang rok Achmad Albar dan pemuzik Melly Goeslaw.
Luna Maya memberikan Ariel pelukan mesra sebelum dibawa ke dalam mahkamah.
Ketika bercakap kepada pemberita sebelum hukuman dijatuhkan, Ariel berkata dia berharap hakim akan membebaskannya.
“Saya mahu dibebaskan. Saya sangat berharap saya akan dibebaskan,” katanya.
Anggota keluarganya tidak hadir di mahkamah hari ini.
Bagaimanapun peguam Ariel, OC Kaligis juga melahirkan keyakinan dia akan dibebaskan, tetapi khuatir akan keselamatannya jika mahkamah membebaskan.
“Jika dia dibebaskan, saya bimbang mereka yang mengadakan demonstrasi akan membakar mahkamah,” katanya.
Selepas mendengar hujah penggulungan balas pendakwa raya awal bulan ini Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, sekiranya kesemua berjalan dengan lancar dan tiada gangguan proses perbicaraan, beliau akan mengumumkan keputusan hari ini.
Pasukan pembela membidas tuntutan pendakwa raya supaya Ariel dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Pasukan pembela membentangkan hujah penggulungan 107 halaman manakala Ariel pula membacakan kenyataan tiga muka surat.
Ketua pasukan pendakwa raya Rysmanto berkata kekasih Luna Maya itu terbukti melanggar Undang-undang No. 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Fasal 282 Undang-undang Jenayah.
Ariel dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video porno beliau dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari beredar bebas di internet sejak Jun lalu.


Tidak seperti Cut Tari yang telah mengakui bahawa video yang diedarkan itu adalah dirinya dan Ariel, hingga kini Ariel tidak mengakui sebagai pelaku dan pembuat video berkenaan.
Perbicaraan dia bermula pada 22 November lepas.
Laporan Bernama menyebut, keputusan hukuman dibacakan oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.





Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.
Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.
Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.
Kumpulan radikal Islam menyatakan rasa kecewa mereka terhadap keputusan itu dan menunut mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Ariel.
Selepas keputusan, berlaku insiden melempar batu oleh beberapa penunjuk perasaan ke arah kumpulan penyokong Ariel namun keadaan dapat dikawal.
{[['']]}

Aidil Zafuan Kata Sudah Berdamai Tetapi Rita Rudaini Menafikannya

http://www.gosipsensasi.co.cc



KUALA LUMPUR: Krisis rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, memasuki episod baru apabila satu pihak mengeluarkan kenyataan sudah menemui jalan damai manakala satu pihak lagi menafikannya dengan tegas, semalam.
Aidil yang dihubungi Harian Metro untuk mengesahkan laporan satu portal Internet mengenai Rita dikatakan sudah memohon maaf dengan mentuanya, mengakui perkembangan positif itu berlaku ketika isteri dan ibunya berjumpa selepas anak mereka, Airil Rayyan Rizkin, 2, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Khamis lalu.



“Ibu saya menziarahi anak saya yang mengalami demam panas dan dia berbual panjang dengan Rita. Mereka sudah bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanapun lebih baik persoalan mengenai perkara ini ditanya kepada Rita kerana dia yang mempunyai masalah dan bukannya saya,” katanya.

Malah, Aidil berkata dia juga menarik balik tindakan proses sulh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung soal penjagaan anak yang dibuat sebelum ini.

“Saya akan menarik balik tindakan memfailkan proses sulh yang dibuat sebelum ini dalam masa terdekat dan bersyukur sekiranya apa yang berlaku sebelum ini tidak berpanjangan dan berakhir dengan baik dan selamat,” katanya.






Bagaimanapun Rita yang dihubungi pula, menafikan segala yang diperkatakan suaminya dan tidak mahu kenyataan diputar belit sehingga menimbulkan masalah kepadanya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

“Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi,” katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

“Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

“Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya,” katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

“Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan,” katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

“Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

“Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya,” kata Rita.
Oleh Rudy Imran Shamsudin dan Mohd Amin
{[['']]}

Rita Rudaini Sudah Berdamai Dengan Mertua

http://www.gosipsensasi.co.cc



PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Rita dan Adil bersama anak mereka Airit Rayyan.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.
Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
Aidil Zafuan (kanan) bersama ibu dan bapanya, Azizah Arshad dan Abd. Radzak Salleh sewaktu ditemui wartawan di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.
“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.





Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.
Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.
Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.
{[['']]}

Benarkah Suami Erra Fazira Bermain Kayu Tiga??

http://www.gosipsensasi.co.cc



PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.
"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan bukti dan petunjuk," katanya yang tidak hairan dengan dakwaan terbaru itu.
Ditanya pula adakah dia pernah bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut kepada suaminya, Erra mengakui pernah berbincang dalam keadaan yang santai dan bergurau.
Namun perkara tersebut tidak pernah diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan perbalahan kerana tidak terbukti kesahihannya.






"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya tidak mahu ambil serius.
"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya," katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.
Bagaimanapun, Erra turut bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya seandainya perkara yang tidak diingini itu benar-benar berlaku seperti mana yang didakwa.
"Sebolehnya saya tidak mahu memikirkan tentang perkara remeh-temeh yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
"Bagaimanapun, seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program rombongan Erra Art Club di Borders, The Curve, di sini, Jumaat.
{[['']]}

Gambar Nora Danish dan Keluarga Jejai Bercuti Di Jepun

http://www.gosipsensasi.co.cc

Minggu ni memang hot dengan cerita-cerita Jejai, Fasha Sandha dan juga Nora Danish. Bagi meng-hot-kan lagi keadaan kami nak paparkan pulak gambar Jejai dan Nora Danish bercuti di Jepun bersama-sama dengan keluarga bekas mentua Nora Danish.Kepada Fasha Sandha harap bersabar dengan paparan gambar-gambar ini..jom layan...








{[['']]}

Panas: Fasha Sandha tunjuk bukti dan sangkal kenyataan Nora Danish...

http://www.gosipsensasi.co.cc




Nampaknya kenyataan Nora Danish yang sengaja masuk campur dengan memberitahu media yang dia tahu Jejai dan Fasha sudah berpisah dua bulan lalu,sekaligus memalukan Fasha,sebab Fasha cakap dia dan Jejai baru je berpisah..



Bila Wartawan tanya Nora ,kenapa Fasha cakap Jejai sentiasa menghubunginya ketika di jepun??
Nora cakap mungkin Jejai cuma bertanya khabar sahaja.

Fasha yang rasa dirinya dimalukan seolah-olah dia yang terhegeh kat Jejai,jadi Fasha pun menunjukkan bukti-bukti bahawa dia dan Jejai putus dua bulan lalu adalah salah.

Dan Jejai yang mencarinya sana sini.Namun Fasha memutuskan hubungan mereka sebaik Jejai pulang ke Malaysia pada 18 January 2011.



Sebelum menunjukkan bukti-butki,Fasha terlebih dahulu memberitahu di Twitter miliknya








Fasha juga memberitahu bahawa Jejai telefon 10 kali sehari setiap hari semasa di Jepun dan setiap kali kol 1 jam..maknanya mereka bergayut 10 jam sehari..haha..mau bernanah telinga asyik cakap je..(mgkin Jejai kol 10 kali tapi takla sejam setiap kali) dan Jejai juga sentiasa menghantar SMS kepadanya.

Namun Fasha seolah mengelak diri,dan membuatkan Jejai tercari-cari Fasha,Jejai ada sms ibunya,pengurus Fasha dan rakan-rakan.

Jom tengok antara bukti Jejai menghubungi Fasha






Jadi dengan ini terbuktilah sebanarnya Jejai sayangkan Fasha dan Fasha yang break up with him..ok.So skrg kita sume dah tahu bukan Fasha yang terhegeh,,Clap2 to Fasha..hehe.

Menurut Fasha punce mereka break hanya mereka je yang tahu.

Sensasi rasa tindakan Fasha memberitahu hal sebenar nie bagus la jugak,supaya tahu yang bukan Fasha nak propa ckp baru je putus,padahal Nora kata dah 2 bulan..Jejai sendiri tak bgtahu bila mereka putus.

Salah siapa? adakah memang Jejai yang menipu Nora? Kalau Jejai yang tipu Nora,jadi Nora yang kelihatan seperti seronok dengan perpisahan mereka apabila memberitahu seolah2 dia dah lama tahu..

Biasa la wanita cantik,mesti punya ego maisng-masing taknak tunjuk kalah.

Apa pun sensasi harap Fasha dan Jejai tabah menghadapi perpisahan ini..
-my-sensasi
{[['']]}

David Teo Bagi Ang Pow RM4.5 Juta

http://www.gosipsensasi.co.cc


Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkongsi rezeki hasil yang diperoleh daripada penerbitan filem dan drama terbitan syarikatnya. Foto The Star, Mohamad Azhar
PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus “1 Dekad, 49 Filem” yang diadakan di Hotel One world, di sini, Rabu.
Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, dia gembira kerana acara tahunan itu lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.
Shaheizy Sam menerima sebuah rumah Semi-D serta pakej umrah bernilai RM30,000.
"Ini satu pencapaian buat MIG dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan lain-lain.
"Bila kita berkongsi keuntungan yang diperoleh, rezeki kita akan lebih murah pada masa akan datang.
"Saya percaya, tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata," katanya.
Pada majlis tersebut, pelakon Shahaizy Sam dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.
Farid Kamil antara pengarah muda yang sedang meningkat naik dibawah naungan MIG.
Farid Kamil pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.
Dalam pada itu, Lisa Surihani dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang.
Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5, diikuti pula dengan pekerja-pekerja MIG turut menerima sebuah rumah Semi-D.
David Teo dan Lisa Surihani
Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.
Enam di antara merka berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan boxoffice.
Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.
Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.
Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem yang antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.-mstar
{[['']]}

'Bukan Mahu Cerai Tapi Ambil Kad Nikah' - Zizan Nin

http://www.gosipsensasi.co.cc

Zizan dan Fazilah Hani telah melangsungkan pernikahan pada Mac tahun lalu 
 
PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin menganggap tuduhan kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga adalah satu fitnah, sebaliknya dia ke pejabat agama adalah untuk mengambil kad perakuan nikah.
Zizan melalui satu kiriman e-mel kepada mStar Online Selasa, memberitahu, selain mengambil kad akuan tersebut dia dan isteri, Fazilah Hani Harun turut bertemu seorang ustaz bagi mendapatkan pandangan beberapa perkara berkaitan agama.
“Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.
“Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan,” katanya.
Zizan bagaimanapun menasihatkan jika ada mana-mana pihak yang melihat artis ke mahkamah jangan terus membuat andaian kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
“Kepada mata yang memandang di luar sana itu, jangan terus membuat andaian danberfikiran cetek, takut nanti boleh menimbulkan fitnah.
“Pejabat agama bukan hanya tempat mengendalikan kes nikah kahwin dan perceraian, banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. Kepada pasangan yang sudah berkahwin pula, tidak semestinya bila keadaan sudah menjadi keruh baru hendak rujuk kepada pejabat agama,” katanya.


Tambah Zizan, antara nasihat yang diberikan oleh ustaz kepada dia dan isteri adalah mencari masa berkualiti bersama bagi mengeratkan hubungan suami isteri.
“Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.
“Dan sebagai selebriti saya cuba elakkan dari mencampurkan hal peribadi dan kerjaya” katanya yang enggan kehidupan peribadi diketahui peminat.
{[['']]}

Sah Fasha Sandha Putus Cinta Dengan Jejai

http://www.gosipsensasi.co.cc





KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.



Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.
Oleh Rudy Imran Shamsudin
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger